Tuesday, 24 June 2008

Kempen Jimat Minyak


Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja, telah berlaku kemalangan maut penunggang motosikal digilis lori di Jalan Ampang (depan Balai Polis Trafik Ampang Jaya). Kejadian berlaku kira-kira jam 8:40 pagi 24/6/08 (hari jadi adik aku) yang menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira 5 kilometer sampai kereta aku tak bergerak-gerak selama 20 minit & lewat sampai ke pejabat. Mangsa adalah seorang gadis muda yang agaknya nak pegi aktiviti sukan di sekolah kot berdasarkan pakaiannya. Jika ia Muslim, Al-Fatihah disedekahkan kepadanya.

Sejak minyak naik baru-baru ni, pengguna jalan raya kebanyakkannya yang menggunakan kereta sendiri ke tempat kerja telah beralih menggunakan pengangkutan awam & juga motosikal. Akibatnya kita dapat lihat di jalan raya motosikal telah tumbuh seperti cendawan. Yang ada kereta telah simpan dan selimutkan kereta elok-elok kerana mereka menggunakan motosikal pula. Yang ada kereta sahaja tetapi tiada motosikal juga telah pergi ke kedai motosikal untuk beli motosikal baru.

Akibatnya nak jimatkan minyak, motosikal telah menjadi pengangkutan utama ke tempat kerja. Akibatnya juga peratusan kemalangan terus meningkat di kalangan penunggang motosikal. Tetapi apa yang saya nak tekankan di sini adalah orang MELAYU lah yang akan banyak menggunakan motosikal.

Nak bagi orang Melayu semuanya mampos accident ka?

Nak kurangkan penduduk Melayu di Tanah Melayu ka?

Nak kayakan lagi tauke-tauke yang jual motosikal ka?

No comments: